INILAH PUNCA SEBENAR KENAPA MAHATHIR SELALU TURUN BAAZAR RAMADHAN!

  • #Inilah sebab kenapa Tun Mahathir selalu turun bazar ramadan | “Nak cari popia,” itu jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya tujuan beliau selalu turun ke bazar Ramadan. Katanya popia merupakan antara makanan wajib beliau sekiranya ingin berbuka puasa. “‎Tun teringat Pekan Rabu kah?’ soal seorang pengunjung yang turut mengambil kesempatan bertanya kepada beliau?....
  • >> “Pekan Rabu tidak berapa ada popia, cuma ada pulut udang. “Sini tidak ada pulut udang, orang sini tak tahu buat pulut udang, orang Kedah sahaja boleh,” selorohnya ketika ditemui Ramadan Shah Alam Seksyen 13. Sementara itu, selain popia Dr Mahathir turut menyukai putu piring. “Tun juga kalau ke bazar akan cari putu piring, itu antara kegemaran beliau,” katanya.....
  • #Kehadiran Dr Mahathir ke Bazar Ramadan Shah Alam semalam menyebabkan keadaan sesak seketika disebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan ‘berselfie’ dengan beliau. Bayangkan, sebaik beliau memulakan langkah untuk bergerak orang ramai sudah mula mengerumi beliau......
  • #Namun Dr Mahathir dengan gaya bersahaja dan santai tetap menyantuni orang ramai yang berada di bazar tersebut. Bazar Ramadan Shah Alam merupakan bazar keempat yang dikunjungi oleh Dr Mahathir tahun ini, selepas bazar di Kampung Baru, Putrajaya dan Keramat. -SH.......

0 Response to "INILAH PUNCA SEBENAR KENAPA MAHATHIR SELALU TURUN BAAZAR RAMADHAN!"

Post a Comment